Adlyn Safiah menerima sumbangan dari Timbalan Rektor(Hal Ehwal Pelajar dan Penglibatan Komuniti) UIAM sambil disaksikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Dr. Azlinda Azman (tengah).

KUALA LUMPUR  – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menzahirkan rasa dukacita terhadap para pelajar yang terkesan susulan insiden letupan paip gas yang berlaku baru-baru ini di Putra Heights.

Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti), Prof. Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin telah menziarahi dua beradik pelajar UIAM tersebut.

Pelajar tersebut masing-masing Adlyn Safiah Abu Samah dari jurusan Undang-Undang dan Alya Sabrina Abu Samah dari jurusan Ekonomi dan Sains Pengurusan yang turut terlibat dalam insiden berkenaan juga yang kini masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Masjid Putra Heights, Selangor.

UIAM memberikan sumbangan berupa kit makanan serta wang khairat tunai sebanyak RM1,000 sebagai tanda keprihatinan dan sokongan daripada pihak universiti kepada pelajar-pelajar yang terjejas.

Yayasan Perkasa Siswa(YPS), KPT turut sama menyalurkan sumbangan.

Secara keseluruhan, seramai enam orang pelajar UIAM dilaporkan terkesan akibat insiden letupan tersebut.

Daripada jumlah itu, sebuah keluarga kini ditempatkan di PPS Masjid Putra Heights, manakala empat lagi pelajar menetap sementara di kediaman saudara-mara berdekatan.

Ketika ditemui, Mohamad Fauzan berkata, kebajikan setiap pelajar UIAM sentiasa menjadi keutamaan pihak universiti.

“Pihak universiti komited untuk terus menyalurkan bantuan dan memberikan sokongan kepada semua pelajar yang terjejas, lebih-lebih lagi dengan sesi kuliah yang akan bermula semula esok selepas tamat tempoh cuti Hari Raya Aidilfitri”, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here