Gambar hiasan.

KUANTAN – Punca kematian seorang anggota polis yang ditemukan di rumahnya di Kem Galing, di sini, baru-baru ini dipercayai akibat jantung tersumbat.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat mangsa yang merupakan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berusia 42 tahun itu pada pukul 11.20 malam 7 April lepas.

Ketika kejadian, katanya, dua anggota PGA telah pergi ke rumah mangsa untuk mencarinya kerana mangsa tidak manjawab panggilan telefon.

“Pintu rumahnya juga dalam keadaan terkunci sebelum dipecahkan saksi yang mencari si mati untuk tugas operasi pada 8 April.

“Mangsa kemudian ditemukan dalam keadaan duduk di sofa ruang tamu rumahnya di tingkat enam kuarters kem itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata, ketika ditemui, mayat mangsa dalam keadaan mulai mereput, dipercayai kerana telah meninggal dunia beberapa hari.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan atau perlakuan jenayah pada badan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Wan Mohd Zahari, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Katanya, menurut adik mangsa, dia pernah mengalami strok pada dua tahun lalu dan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan mengambil ubat yang dibekalkan Klinik Kesihatan Kuantan sehingga kini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here