Sekitar suasana di majlis peluncuran Pejabat Baharu JPJ Wilayah Persekutuan Putrajaya di Putrajaya. Foto HARI ANGGARA, 2 JANUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan menawarkan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri VIPS secara bidaan dalam talian melalui Sistem JPJeBid kepada orang awam.

NPI Siri VIPS adalah membawa maksud “Visit Impressive Perlis State” bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Pemerintahan Ke-25 Jubli Perak Tuanku Raja Perlis.

Pengenalan NPI VIPS ini juga sebagai salah satu inisiatif Kerajaan untuk mempromosikan “Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

NPI Siri VIPS akan mula dibuka untuk bidaan kepada orang awam bermula esok hingga jam 10 malam, 15 April 2025.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, keputusan bidaan akan diketahui pada 16 April 2025 dalam tempoh 24 jam.

Menurutnya, kaedah penawaran secara bidaan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada yang telah ditetapkan melalui Sistem JPJeBid.

Harga bidaan dalam JPJeBid adalah mengikut harga minima yang telah ditetapkan sebanyak RM20,000 untk nombor utama; premium (RM5,000), menarik (RM2,500), popular (RM500) dan semasa (RM300). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here