Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad.

GEORGE TOWN – Tiada keperluan untuk polis memperketatkan penggunaan senjata api dalam kalangan anggotanya susulan insiden seorang koperal cedera parah di bahagian kepada susulan tertembak dirinya sendiri dalam kejadian di pos pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada Selasa lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Ahmad berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi penggunaan senjata api sedia ada sudah mencukupi.

“Anggota berkenaan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Umum (GICU) Hospital Pulau Pinang.

“Tiada pembedahan dijalankan setakat ini dan dia masih dibawah pemerhatian doktor pakar ketika ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut Hamzah berkata, pihaknya juga telah merakamkan keterangan bekas isteri anggota bekenaan bagi membantu siasatan lanjut.

“Siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca anggota berkenaan bertindak (tertembak diri sendiri) masih dalam siasatan.

“Masih terlalu awal untuk kita dedahkan punca kejadian berhubung dakwaan anggota itu berhutang kerana siasatan masih belum selesai sepenuhnya,” katanya.

Artikel berkaitan: Koperal IPK P.Pinang parah tertembak kepala sendiri

Polis siasat dakwaan koperal tembak diri sendiri hadapi masalah hutang

Henti spekulasi anggota polis tertembak diri sendiri – Hamzah

MalaysiaGazette pada Selasa lalu melaporkan, seorang anggota polis cedera parah akibat tertembak dirinya sendiri dalam kejadian di pos pengawal IPK Pulau Pinang.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.12 petang, koperal lelaki berusia 58 tahun itu dilaporkan tertembak bahagian kepalanya menggunakan pistol jenis P99.

Mangsa yang berstatus duda itu dikatakan kemurungan sebelum kejadian selain didakwa mempunyai masalah hutang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here