Serpihan dron MQ-9, Reaper, yang ditembak jatuh kumpulan Houthi di wilayah Jawf, Yemen.

SANAA – Kumpulan Houthi menembak jatuh dron MQ-9, Reaper,  buatan Amerika Syarikat (AS) di wilayah Al-Jawf semalam, menjadikan jumlah keseluruhan yang ditembak jatuh sebanyak 22 buah dron setakat ini.

Menurut kumpulan itu, daripada jumlah tersebut, sebanyak 18 dron ditembak jatuh semasa kempen yang menyokong Gaza.

Terdahulu, jurucakap kumpulan Houthi, Yahya Saree mengumumkan kumpulan tersebut menembak jatuh sebuah dron buatan AS itu dengan memaparkan gambar serpihan MQ-9 kepada umum.

Beliau berkata, ia merupakan dron MQ-9 yang ditembak jatuh dalam tempoh 10 hari.

Tambahnya, operasi yang sedang dilakukan adalah sebagai tindak balas terhadap pencerobohan AS secara berterusan ke atas Yemen.

Pencerobohan yang diketuai AS terhadap Yemen dengan melakukan serangan udara yang menyasarkan beberapa lokasi kelmarin menyebabkan beberapa orang terkorban ketika misi menyelamat dilakukan untuk membawa keluar mereka yang terperangkap dalam timbunan runtuhan bangunan.

Serangan terhadap kawasan kediaman di wilayah Hodeidah menyebabkan empat orang terbunuh dan 16 lagi cedera. – Agensi.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here