Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Madani 2025 peringkat negeri Pahang, di Pantai Batu Hitam

KUANTAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Penasihat Khas kepada Majlis Pembangunan Usahawan Bumiputera dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Kebangsaan.

Katanya, pelantikan itu susulan prestasi membanggakan Wan Rosdy sebagai Menteri Besar Pahang.

“Saya nak manfaatkan supaya beliau dapat bantu saya dan Datuk Seri Ahmad Zahid menjelajah ke seluruh negara menyantuni usahawan bumiputera,” katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Madani 2025 peringkat negeri Pahang, di Pantai Batu Hitam, di sini malam ini.

Datuk Seri Anwar semasa ucapan di Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di Pantai Batu Hitam Kuantan

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pelantikan Wan Rosdy juga memberi peluang kerajaan mencari kaedah dan jalan untuk meningkatkan martabat peniaga dan usahawan bumiputera seluruh negara.

Selain Wan Rosdy, turut hadir di majlis yang dihadiri lebih 30,000 orang tersebut adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Mohd Fadzil; Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Indera Nazri Abu Bakar dan barisan Ahli Majlis Kerajaan Negeri.

Sementara itu, Wan Rosdy dalam ucapannya turut menzahirkan penghargaan di atas perlantikan tersebut.

“Saya harus dan wajib ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah memberi saya satu jawatan yang difikirkan sangat baik untuk membantu rakyat negeri Pahang dan juga rakyat di luar Pahang,” ucapnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here