Ayob Khan (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada Dzulkhairi atas kejayaan PDRM Melaka dinobatkan sebagai Kontinjen Ke-3 Terbaik pada Op Selamat 24 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 pada Majlis Apresiasi Op Selamat 24 di Dewan Pengaman, Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, Kuala Lumpur semalam.

MELAKA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Melaka dinobatkan sebagai Kontinjen Ke-3 Terbaik pada Op Selamat 24 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.

Sijil penghargaan dan hadiah iringan disampaikan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay kepada Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar dan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka (JSPT) Melaka, Superintendan Roslan Mohamed @ Ab Aziz.

Majlis Apresiasi Op Selamat 24 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 itu berlangsung di Dewan Pengaman, Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, Kuala Lumpur, semalam.

“Pencapaian ini adalah hasil usaha gigih dan dedikasi semua pegawai serta anggota PDRM Melaka terutama JSPT Melaka dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya, mengurangkan kemalangan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pematuhan undang-undang.

“Saya berbangga di atas komitmen serta kesungguhan yang dipamerkan oleh seluruh warga PDRM Melaka dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan sehingga kontinjen ini berjaya mencapai kejayaan ini,” kata Dzulkhairi.

Ayob Khan (tengah) bergambar kenangan bersama Dzulkhairi (kiri) meraikan kejayaan PDRM Melaka yang dinobatkan sebagai Kontinjen Ke-3 Terbaik pada Op Selamat 24 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 pada Majlis Apresiasi Op Selamat 24 di Dewan Pengaman, Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, Kuala Lumpur semalam.

Beliau turut berterima kasih atas kerjasama semua pengguna jalan raya terutamanya di negeri Melaka dalam mematuhi peraturan jalan raya dan meletakkan negeri ini berada pada kedudukan ke tiga terbaik pada Op Selamat yang lalu.

Turut hadir Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri; Pengarah Jabatan Pengurusan, Datuk Abdul Aziz Abdul Majid serta seluruh rakan-rakan strategik, pegawai-pegawai kanan dan pegawai rendah JSPT.

Majlis Apresiasi Op Selamat 24 bertujuan menghargai sumbangan dan usaha yang dilaksanakan oleh semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Ibu Pejabat Daerah Polis di seluruh negara.

Ia adalah dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan melancarkan pergerakan lalu lintas sepanjang tempoh Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 yang telah bermula pada 29 Mac hingga 3 April lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here