Calon Pakatan Harapan (PH) N.22 Gurun, Firdaus Johari selepas melawat penduduk yang mempunyai penyakit kronik semasa berkempen sempena Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) Kedah di Kampung Pulau Chengal, Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 31 JULAI 2023.

KUALA LUMPUR – Anak kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul gagal dalam usaha merebut jawatan Ketua Cabang Jerai pada pemilihan PKR, semalam.

Berdasarkan keputusan rasmi yang disiarkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR awal pagi ini, Mohammed Firdaus terpaksa akur dengan kehendak ahli apabila tewas kepada S. Poobalan sementara Mohd. Soferi Mohamad diumumkan menang jawatan timbalan.

Sebelum ini, beliau yang menjadi calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurunmjuga tewas kepada bekas pemain bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri 2023.

Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Chan Ming Kai yang juga bekas Ahli Parlimen Alor Setar, menang pada pemilihan PKR peringkat Cabang Alor Setar, semalam.

Ming Kai memenangi jawatan Ketua Cabang Alor Setar setelah menerima 932 undi mengatasi pencabarnya, Ang Say Thong yang mendapat 471 undi.

Penyandang jawatan itu, Datuk Zamri Yusuf pula dipilih sebagai Timbalan Ketua cabang itu yang sebelum ini disandang oleh Ming Kai, setelah beliau memperoleh 768 undi mengatasi Fadhlurrahman Zawawi yang menerima 621 undi.

Bagi Cabang Sungai Petani, Dr. Mohammed Taufiq Johari yang juga Ahli Parlimen kawasan itu diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Cabang selain jawatan timbalan menyaksikan ADUN Bakar Arang, Loh Wei Chai turut menang tanpa bertanding.

Ketua Cabang Langkawi, Ismail Wasi Ahmad Shafawi mempertahankan jawatan selepas menerima 660 undi dalam pertandingan tiga penjuru, sementara jawatan timbalan dimenangi Ahmad Ramli Shaarani.

Bagi Cabang Jerlun, jawatan ketua dimenangi Mohamad Rudzi Samsudin yang mengalahkan bekas calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Jerlun, Dr. Mohamed Fadzil Mohd Ali sementara timbalan dimenangi Muhamad Nadzrin Ibrahim.

Mohd. Tahar Hussin pula diumumkan sebagai pemenang bagi jawatan Ketua Cabang Padang Terap bersama timbalannya, Mohd. Hafiz Mohd. Akhir sementara Mohd. Altab P. A Ibrahim dan Che Zahari Che Ani masing-masing dipilih sebagai ketua cabang dan timbalan di Pokok Sena.

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr. Azman Ismail tewas bagi perebutan jawatan ketua cabang itu kepada Mohamad Shakir Lukman Hakim, manakala jawatan timbalan dimenangi Datuk Muhamad Nasrul Nizar Abd Rahman.

Bekas calon PH Parlimen Pendang, Datuk Zulkifly Mohamad turut tewas bagi jawatan ketua cabang disandangnya kepada Datuk Halim Khomiza sementara jawatan timbalan dimenangi Sazari Mohamad.

Jawatan Ketua Cabang Sik pula dimenangi Habib Ahmad Muhaiyuddin Habib Danial dan timbalannya adalah Ewe Hua Choon, sementara kedua-dua jawatan itu di Cabang Baling masing-masing dimenangi M. S. Chandar dan Mohd. Ashraf Abu Bakar.

Cabang Merbok dimenangi M. Yugins (ketua) dan Mohd. Khairulizal Khazali (timbalan); Cabang Padang Serai, Shamsul Anuar Abdullah (ketua) dan Ramli Abd. Rani (timbalan) sementara Cabang Kulim Bandar Baharu dimenangi Yeo Keng Chuan (ketua) dan S. Sivaguru (timbalan).

Keputusan bagi pemilihan sayap wanita PKR Kedah peringkat cabang turut diumumkan hari ini kecuali pemilihan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang melalui proses pengundian semula setelah dibatalkan semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here