Gambar Trafik Kuantan

KUANTAN – Seorang Penyelia Ladang maut selepas motosikal dinaiki terbabas berhampiran Ladang Astral Asia Plantation di Felda Bukti Sagu, di sini, pukul 6.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa menaiki motosikal jenis Honda AFP 110 dari arah Taman Impian menghala ke arah Bukit Sagu 8.

“Apabila perjalanan sampai ke tempat kejadian, tiba-tiba motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan,” katanya dalam kenyataan.

Akibat kemalangan tersebut, katanya, Mohd Zaki Ismail, 48, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Wan Mohd Zahari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here