GEORGE TOWN – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Radin Muhamad Amin Radin Hadi Munir meninggal dunia akibat kanser di Hospital Bukit Mertajam hari ini.

Radin, 71, dilaporkan meninggal dunia jam 6.55 pagi tadi  dan jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah di Taman Sutera Prima di Seberang Jaya.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Al Muhajirin Bandar, Seberang Jaya untuk disembahyangkan selepas solat Zuhur sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Muhajirin.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, lapan anak dan 18 cucu.

Radin berkhidmat sebagai ADUN Seberang Jaya selama satu penggal dari 1999 hingga 2004 mewakili Barisan Nasional. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here