Cheong Kin Meng

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berbangsa Cina dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di Pasar Raya NSK Kota Damansara semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, Cheong Kin Meng dilihat di pasar raya berkenaan kira-kira pukul 5 petang.

Lelaki berkenaan berusia 37 tahun dan berketinggian 163 sentimeter dan berat kira-kira 80 kilogram.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan Mohd Nasir Mustaha di talian 012-789 6691 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling di talian 03- 796 62222. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast