Gambar Hiasan

TANGKAK – Hasrat seorang kerani untuk membantu sepupunya dengan membuat pinjaman musnah apabila rugi RM20,800 diperdaya satu sindiket pinjaman tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut daripada mangsa yang berusia 39 tahun semalam.

“Mangsa sebelum itu membuat pencarian dalam Google berkenaan pinjaman peribadi dan tertarik untuk membuat pinjaman bagi pihak sepupunya kerana kadar faedah yang rendah.

“Susulan itu mangsa melakukan tujuh transaksi ke dalam lima akaun berbeza. Mangsa percaya pinjaman tersebut adalah benar kerana wujud surat perjanjian pinjaman yang diserahkan suspek kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan disebat dan denda.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan skim pinjaman yang menjanjikan kadar faedah lebih rendah dengan cara mudah dalam tempoh singkat.

Orang ramai katanya, diseru membuat semakan terlebih dahulu atas sesuatu pinjaman sebagai langkah berhati-hati bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here