Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai lemas di Rumah Api Pantai Sungai Pelek, Sepang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan G. Shan Gopal berkata, kejadian dilaporan berlaku pukul 5. 27 petang.

“Mangsa berusia dalam lingkungan 50 tahun dan semasa berada di rumah api, beliau bertindak terjun ke laut untuk menyelamatkan bot miliknya namun kerana arus terlalu deras, mangsa dipercayai lemas,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Shan Gopal, pihaknya sedia maklum mengenai kejadian itu dan dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa berkenaan.

Polis menasihati orang ramai agar tidak membuat apa-apa berita yang tidak benar berkenaan kejadian itu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here