Kerajaan Malaysia kekal dengan pendirian untuk tidak mengenakan tarif timbal balas terhadap import dari Amerika Syarikat. Fokus utama adalah memperluaskan pengecualian eksport dan meminimakan kesan negatif terhadap ekonomi negara. Dalam keadaan global yang tidak menentu, Malaysia terus ambil langkah proaktif dengan pelaksanaan dasar NIMP dan penubuhan NGCC Task Force bagi memperkukuhkan ekonomi serta melindungi peluang pekerjaan rakyat.