Rusdi (tengah) menyaksikan penyerahan dokumen serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu antara Azry Akmar (kiri) dan Mohamed Usuf di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad secara rasmi dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Azry Akmar Ayob yang kini dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pahang.

Mohamed Usuf sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dan turut dihadiri barisan pegawai kanan serta warga polis di Ibupejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, Rusdi merakamkan penghargaan kepada Azry Akmar atas sumbangan dan khidmat bakti sepanjang 25 bulan menerajui jawatan tersebut.

“Terima kasih di atas segala komitmen dan tanggungjawab yang telah dipikul dengan cemerlang. Kami amat menghargai kepimpinan, bimbingan serta dedikasi yang ditunjukkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di sini,” katanya.

Beliau turut menyifatkan pelantikan Mohamed Usuf sebagai satu langkah strategik memperkukuh kepimpinan tertinggi PDRM di ibu negara.

“Saya yakin beliau mampu menggalas amanah ini dengan penuh integriti dan profesionalisme. Berilah kerjasama terbaik kepada beliau agar semua penugasan dapat dilaksanakan dengan sempurna,” katanya.

Majlis itu turut menyaksikan sesi menandatangani dokumen serah terima tugas antara Azry Akmar dan Mohamed Usuf sebagai simbolik pertukaran kepimpinan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast