KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menggesa supaya hukuman paling berat dikenakan ke atas pemandu di bawah pengaruh bahan memabukkan dan mengkhayalkan sehingga membunuh atau mencederakan orang lain.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Dr. Maza berkata, sekiranya tindakan tegas tidak diambil, penagih dadah dan pemabuk akan menjadikan bahan haram itu sebagai kelonggaran untuk meragut nyawa atau mencederakan orang lain.
“Sejak dahulu isu ini telah ditimbulkan, kita berharap Kerajaan Madani yang selalu membicarakan tentang peradaban dan ketamadunan dapat berbuat sesuatu yang tepat dalam perkara ini,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau malam tadi.
Semalam, satu lagi kejadian kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk berlaku di Kilometer 16, Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 37 tahun.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.10 pagi itu, mangsa yang mahu membantu seorang penunggang motosikal yang terbabas dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pemandu BMW berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan di muka dan siasatan mendapati dia memandu di bawah pengaruh alkohol. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Niat bantu mangsa kemalangan tapi maut dirempuh pemandu mabuk
Budak2 baru nak up ni mmg bawa kereta mcm syaitan.
mata dimerit pun skrg dah tak de…hangat2 tahi ayam..patut penjara mandatori jaa..setakat denda duit celah gigi jaaa