PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlepas ke Bangkok, Thailand minggu ini bagi menghadiri mesyuarat dengan rakan sejawat Paetongtarn Shinawatra bagi membincangkan pelbagai isu, termasuk berkaitan usaha membersih dan mendalamkan Sungai Golok.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata mesyuarat yang diadakan selepas lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping ke Malaysia itu juga melibatkan perbincangan mengenai kerja-kerja tebatan dan pengorekan sungai yang merintangi kawasan berpenduduk di kedua-dua negara berkenaan.
“(Kerja-kerja) Pengorekan dan pembersihan Sungai Golok ini (perlu)… yang menyebabkan banjir di kawasan selatan Thailand dan Kelantan,” katanya semasa berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Kementerian Kewangan (MOF) di sini, hari ini. – BERNAMA