Instagram Hot FM.

KUALA LUMPUR – Penyampai radio, Johan mencuri perhatian netizen ketika hadir memberi penghormatan terakhir buat Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Badawi di Masjid Negara, hari ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh stesen radio Hot FM di Instagram, Johan dilihat hanya memakai t-shirt berwarna hitam dan topi berwarna biru serta berseluar jean.

Rakan sekerjanya, AG pula mengenakan kurta berwarna biru gelap.

“Bekpes Hot di Masjid Negara, Kuala Lumpur sekarang untuk memberi penghormatan terakhir buat Bekas Perdana Menteri Ke-5, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” tulis Instagram stesen radio itu.

Namun rata-rata netizen dilihat mengkritik pemakaian Johan yang disifatkan tidak mematuhi etika pemakaian ketika menghadiri Istiadat Pengebumian Bekas Perdana Menteri itu.

Malah ada yang berpendapat penyampai radio ini seolah-olah ‘tidak menghormati’ majlis.

Pada masa sama, netizen memuji pelakon terkenal antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh yang dilihat menghadiri majlis pengebumian di Masjid Negara itu yang berselendang dan menutup aurat bagi menghormati etika pemakaian ditetapkan.

Semalam, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan berkata, Abdullah akan dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

JPM berkata, pakaian bagi pelawat lelaki Islam adalah baju kebangsaan berwarna hitam, bersamping hitam tanpa sebarang corak serta bersongkok hitam dan ‘lounge suit’ gelap bagi bukan Islam.

Pakaian bagi pelawat wanita Islam pula adalah baju kurung atau kebaya labuh warna gelap dengan selendang atau tudung putih, manakala bagi bukan Islam pakaian sopan warna gelap dan berselendang putih.

“Selain itu, pakaian lain yang bersesuaian juga boleh dipakai,” katanya.

JPM berkata, semua bangunan dalam jarak radius dua kilometer dari Masjid Negara perlu mengibarkan Jalur Gemilang separuh tiang sehingga selesai istiadat pengebumian.

Abdullah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada pukul 7.10 malam tadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here