Khazanah Nasional Bhd membatalkan acara Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 syarikat itu yang dijadualkan hari ini sebagai menghormati pemergian Perdana Menteri kelima dan bekas Pengerusinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Syarikat pelaburan strategik berkaitan kerajaan itu berkata, majlis itu sepatutnya diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.