MyCC

KUALA LUMPUR – Sebanyak 22 perusahaan dicadang Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk dikenakan penalti atas dakwaan kartel perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di Kuala Lumpur dan Selangor.

MyCC, sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), berkata, perusahaan-perusahaan tersebut, pada peringkat keputusan cadangan ini, didakwa telah melanggar seksyen 4 Akta Persaingan
2010 (Akta 712).

Pengerusinya, Tan Sri Idrus Harun berkata, melalui penyiasatan MyCC mendapati perusahaan sudah berbincang cadangan menaikkan yuran perkhidmatan penjagaan kanak-kanak telah dibincangkan.

Malah cadangan itu juga dipersetujui oleh kesemua perusahaan itu dalam satu mesyuarat persatuan.

Keputusan tersebut kemudiannya dimaklumkan kepada semua ahli persatuan dan pemilik pusat penjagaan kanak-kanak yang lain melalui pengedaran satu pekeliling.

“MyCC mendapati tindakan ini bertujuan untuk menghalang dan menyekat persaingan dalam penyediaan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di Kuala Lumpur dan Selangor.

“Keputusan Cadangan yang dikeluarkan oleh MyCC adalah masih pada peringkat dapatan awal. Maka, tidak boleh diandaikan bahawa mana-
mana perusahaan yang dinyatakan dalam Keputusan Cadangan ini secara konklusifnya telah melanggar Akta 712 pada peringkat ini,” jelasnya dalam kenyataan di sini.

Tambah beliau, seperti yang diperuntukkan dalam Akta 712, kesemua perusahaan yang dinamakan dalam Keputusan Cadangan ini telah dimaklumkan semalam mengenai penalti dan arahan yang dicadangkan oleh MyCC.

Namun, perusahaan-perusahaan ini diberi peluang untuk mengemukakan representasi bertulis kepada MyCC dalam tempoh 30 hari selepas menerima Keputusan Cadangan.

Selepas itu, perusahaan-perusahaan yang sama juga diberi peluang untuk membentangkan representasi lisan masing-masing kepada MyCC pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

MyCC hanya akan mengeluarkan Keputusan Akhir selepas mempertimbangkan representasi oleh perusahaan-perusahaan ini bersama bukti yang diperolehi semasa proses penyiasatan, ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here