BUKIT MERTAJAM – Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Myanmar bagi satu perbicaraan kes bunuh yang akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Butterworth dekat sini pada 5 Mei depan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, saksi itu dikenali sebagai Zakariah Sarajuddin, 46, beralamat di No 520A, Kampung Permatang Batu, di sini.
“Penama ini dikehendaki hadir ke mahkamah sebagai saksi penting bagi membantu perbicaraan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
“Dia perlu hadir jam 8 pagi pada 5 Mei ini di Mahkamah Tinggi Butterworth,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai saksi terbabit boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sub Inspektor R. Kirubanathan di talian 013 435 1269. – MalaysiaGazette