Polis siasat tindakan lelaki tahan kenderaan di LPT untuk perlumbaan haram.

KUANTAN –  Susulan tular klip video seorang lelaki menahan kenderaan di atas jalan raya bagi melepaskan perlumbaan motosikal haram di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, pihaknya giat mengesan pemilik video tular itu bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pukul 4.52 pagi pada 12 April lalu.

“Siasatan akan dilakukan dengan usaha mengesan pemilik video dan mengesan nombor pendaftaran motosikal yang terlibat memandangkan rakaman diperoleh tidak jelas untuk mengesan jenis dan nombor pendaftaran kenderaan terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru Mazlan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat turut tampil bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu tular di media sosial sebuah klip video rakaman papan pemuka kenderaan (dashcam) berdurasi kira-kira dua minit memaparkan kejadian tersebut yang dipercayai berlaku berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast