Nori Abdullah.

KUALA LUMPUR – Anak Allayarham Tun Abdullah Ahmad Badawi bersyukur dengan penghormatan yang telah diberikan sewaktu penghormatan terakhir kepada bapanya sehingga selamat disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara petang ini.

Nori yang juga isteri kepada bekas menteri Kabinet, Khairy Jamaluddin berkata, biarpun mengakui perasaan sedih dan pilih tetap ada, dia turut terharu dengan ingatan semua pihak kepada Allahyarham.

“Saya rasa pilu dan sedih tetapi bersyukur juga kerana melihat kepada penghormatan dia dan ingatan daripada semua pihak.

“Kami sekeluarga bersyukur dan Alhamudilllah segalanya, dia pun telah pulang ke rahmatullah dan kita reda dengan ketentuan Allah dan proses (pengebumian) juga cepat dan Insya-Allah dia akan terus diingati,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Abdullah Ahmad selamat disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 2.30 petang ini.

Anak perempuan, Nori Abdullah (kanan) ketika di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 15 APRIL 2025

Nori dan Khairy mendirikan rumah tangga sejak tahun 2001 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Jibreil Ali, Timor Abdullah dan Raif Averroes.

Sementara itu, Perdana Menteri kelima itu dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara.

Terdahulu, solat jenazah, tahlil serta bacaan talkin dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni.

Selain Nori dan Khairy, turut berada di Makam Pahlawan ialah balu Allahyarham, Tun Jeanne Abdullah dan abang Nori, Tan Sri Kamaluddin  dan beberapa ahli keluarga terdekat.

Turut berada di Makam Pahlawan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta pemimpin lain.

Terdahulu, penghormatan terakhir kepada Allahyarham Abdullah bermula pukul 10 pagi hingga 1.00 petang.

Abdullah yang mesra dikenali sebagai Pak Lah meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi. – MalaysiaGazette

Isteri kepada,Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Jeanne Abdullah ketika di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 15 APRIL 2025

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here