KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan agar bendera negeri Perak dikibarkan separuh tiang pada hari ini.
Ia sebagai menzahirkan rasa sedih dan dukacita seluruh rakyat serta negeri Perak atas pemergian bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dalam kenyaaan berkata, kibaran bendera secara separuh tiang ini adalah khusus
bagi bendera negeri Perak sahaja dan dilaksanakan di semua premis kerajaan, termasuk kediaman rasmi dan kuarters kerajaan.
“Pelaksanaan hendaklah dibuat sebaik sahaja selesai sesi Titah DiRaja sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Dewan Negeri yang Kelima belas Perak Darul Ridzuan,” katanya.
Sehubungan itu, semua jabatan, agensi serta pihak berkaitan adalah dimohon untuk melaksanakan titah dengan penuh tertib dan hormat, sebagai tanda penghormatan atas jasa dan sumbangan Allahyarham kepada negara. – MalaysiaGazette