Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata negeri Sarawak akan terus menghargai dan mengenang jasa Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi atas sumbangan besar beliau dalam pembangunan negeri itu, khususnya menerusi inisiatif Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).