Gambar hiasan.

BAYAN LEPAS – Polis menahan seorang lelaki warga emas bagi membantu siasatan merogol wanita berstatus orang kelainan upaya (OKU) pembelajaran dalam kejadian di Kampung Kolam Ikan di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, suspek berusia 64 tahun itu ditahan hari yang sama selepas pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa.

Jelas beliau, ibu mangsa berusia 47 tahun itu mendapati anak perempuannya yang beumur 27 tahun tiada di rumah sewaktu pulang ke kediaman mereka sekitar jam 6 petang.

“Wanita itu kemudian pergi ke rumah sepupunya bersama rakan sebelum mendapati anak perempuannya berada dalam keadaan bogel sebelum tampil membuat laporan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah Sazalee, hasil siasatan mendapati suspek tersebut tinggal seorang di kediamanmya  manakala isteri serta anak-anaknya tinggal berasingan.

“Siasatan lanjut juga mendapati kejadian tersebut bukan kali pertama berlaku namun mangsa tidak dapat menyatakan jumlah kejadian dengan jelas memandangkan mangsa merupakan OKU pembelajaran sejak kecil.

“Mangsa juga telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here