Penerbangan sulung Batik Air laluan ini dijadual bermula pada 6 Jun depan dan akan beroperasi dua kali seminggu.

KUALA LUMPUR – Batik Air mencatat sejarah sebagai syarikat penerbangan Malaysia pertama memperkenalkan penerbangan komersial terus dari Kuala Lumpur ke Dili, ibu negara Timor-Leste bermula Jun depan.

Ini sekali gus membuka laluan baharu dalam usaha memperkukuh hubungan serantau dan memudahkan akses ke destinasi  unik di Asia Tenggara.

Penerbangan sulung laluan ini dijadual bermula pada 6 Jun depan dan akan beroperasi dua kali seminggu.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy melahirkan keyakinan penerbangan itu dijangka meningkatkan potensi pelancongan, perdagangan serta pelaburan antara Malaysia dan Timor-Leste.

Pengenalan laluan ini merupakan pencapaian penting dalam landskap penerbangan serantau yang akan memperluaskan akses kepada destinasi baharu selain merangsang pertumbuhan ekonomi dan memperkukuh kehadiran Malaysia dalam sektor penerbangan Asia Tenggara.

“Kami yakin laluan ini akan memudahkan pergerakan ke Timor-Leste dengan menyediakan perjalanan terus tanpa henti yang mengambil masa kira-kira empat jam 15 minit. Ini satu alternatif lebih cepat dan selesa berbanding laluan yang memerlukan transit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menyatakan penerbangan terus itu juga akan memperkukuh peranan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA T1) sebagai hab transit strategik serantau selain menyokong kerjasama perniagaan, pertukaran pendidikan serta interaksi budaya antara kedua-dua negara.

“Melalui perkhidmatan ini, lebih ramai pengembara dapat menerokai keindahan semula jadi, warisan budaya dan hospitaliti masyarakat Timor-Leste. Ia juga memberi rakyat Timor-Leste akses lebih luas ke destinasi serantau dan global, khususnya melalui sambungan ke lebih 60 destinasi merentasi 20 negara melalui KLIA,” ujarnya.

Dili yang digelar sebagai permata tersembunyi Asia Tenggara menawarkan pesona tersendiri dengan warisan kolonial Portugis selain pantai yang belum diterokai, lokasi menyelam bertaraf dunia serta landskap gunung-ganang menakjubkan.

Selain tarikan semula jadinya, Dili juga merupakan pintu masuk kepada budaya yang kaya dan gabungan unik pengaruh Asia dan Eropah.

Dengan penerbangan terus Batik Air, pengembara, ahli perniagaan dan pencinta budaya kini boleh menikmati pengalaman ke Timor-Leste dengan lebih mudah dan selesa.

Perkhidmatan baharu ini akan dikendalikan menggunakan pesawat B737 milik Batik Air dengan pelbagai pilihan tambang mengikut keperluan penumpang, termasuk elaun bagasi, sajian dalam penerbangan serta fleksibiliti jadual perjalanan.

Tiket bagi laluan Kuala Lumpur Dili kini boleh ditempah, pertanyaan lanjut dan perancangan perjalanan, orang ramai boleh memuat turun aplikasi Batik Air. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here