Datuk Saiful Zaini Mohd Bokhari memberikan reaksi balas berhubung notis pemberitahuan pemotongan bekalan air di Tanah Perkuburan Bukit Ubi di sini yang tular di media sosial

KUANTAN – Bekalan air di Tanah Perkuburan Bukit Ubi di sini dipotong selepas bilnya tertunggak hingga mencecah RM10,000 kerana tidak dibayar lebih dari lima tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Datuk  Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, kali terakhir pembayaran dibuat pada tahun 2020.

Lantaran itu, tindakan tegas diambil pada 20 Mac 2025.

Bagaimanapun, helasnya, notis pemberitahuan pemotongan bil semasa RM10,000 yang tular bukanlah bil sebulan.

”Itu bukan bil untuk sebulan, bil akaun tersebut telah tertunggak. PAIP tidak ambil tindakan memotong dan masih mempertimbangkan sehinggalah mencecah RM10,000 dan aktiviti kuat kuasa pemotongan dibuat.

”Hasil semakaan mendapat kadar bil bulanan akaun tersebut sekitar RM180 hingga RM280 sebulan sahaja,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini bagi menjawab isu berkaitan yang tular di media sosial.

Artikel berkaitan: Bil tertunggak RM10,000, PAIP potong bekalan air Tanah Perkuburan Bukit Ubi

PM sumbang RM5,000 bantu bayar bil air Tanah Perkuburan Bukit Ubi

Ujarnya, satu sesi perjumpaan bersama pihak pengurusan dan beberapa pihak berkaitan termasuk pengadu bersama pihak PAIP diadakan bagi membincangkan isu berkenaan pada semalam.

Justeru, beliau berharap agar kejadian ini dijadikan iktibar kepada semua pihak dan pengguna tidak memandang enteng bil semasa yang diberikan.

Saiful turut berharap pihak pengurusan rumah ibadat di negeri ini mengambil cakna berkenaan bil semasa supaya tidak tertunggak serta menyelesaikan mengikut tempoh yang diberikan,

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan pihaknya telah menerima bayaran bil air tanah perkuburan berkenaan dan kerja penyambungan bekalan air telah pun dilaksanakan.

Sebelum ini MalaysiaGazette melaporkan PAIP membuat pemotongan bil air di kawasan itu susulan bil semasa mencecah RM10,000 selepas hantaran permohonan sumbangan waris tular di media sosial Facebook dengan menggunakan nama Alim Shah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang prihatin kepada waris di tanah berkenaan membiayai separuh daripada kos utiliti berkenaan sebanyak RM5,000. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here