KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan Prof Dr Maszlee Malik menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily berikutan memaparkan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit.
Beliau berkata, pihak berwajib tidak seharusnya berkompromi kerana jika tiada tindakan akan menyebabkan maruah dan bendera negara terus diperlecehkan.
Tegas beliau, seseorang dalam akhbar itu perlu mengambil tanggung jawab sama ada meletakkan jawatan atau diseret ke mahkamah.
“Apakah permohonan maaf kecil sahaja memadai? Seseorang perlu ambil tanggungjawab! Sama ada letak jawatan atau dihadapkan ke pengadilan!
“Jika tidak maruah dan bendera negara akan berterusan diperlecehkan. Harap pihak berwajib ambil tindakan tegas dan tidak berkompromi dalam isu ini,” katanya.
Bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu turut mempersoalkan bagaimana sebuah akhar yang mempunyai sejarah penerbitan hampir 100 tahun boleh melakukan kesilapan besar pada bendera kebangsaan.
“Bendera Malaysia adalah soal kedaulatan! Mohon maaf hanya boleh diterima jika dilakukan oleh orang yang jahil, dungu dan tersilap.
“Sebuah akhbar yang tersohor berusia hampir seratus tahun (diasaskan pada tahun 1929), dan mempunyai pembaca lebih setengah juta serta mempunyai ketua editor dan para editor berpengalaman melakukan kesilapan pada bendera negara sendiri?” soalnya.
Kesilapan ilustrasi bendera kebangsaan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit dalam ahkbar cetak Chew Daily pada 15 April menimbulkan kemarahan banyak pihak.
Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata, penyiaran gambar itu merupakan satu bentuk sentimen anti-nasional.
Katanya, penyiaran gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit bersebelahan bendera negara China yang berkibar di atas sebuah kapal disifatkan sebagai satu pengkhianatan kepada negara.
Sin Chew Daily dalam kenyataannya, meminta maaf dan kesal atas kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.
Jelasnya, pindaan segera telah dilakukan kepada ilustrasi versi digital, ilustrasi yang telah dipinda dan disempurnakan akan diterbitkan semula hari ini dalam versi akhbar cetak.
Bulan sabit pada Jalur Gemilang mewakili agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. -MalaysiaGazette
Mungkin hasrat, cita2 dan impian sejak 100 tahun lalu kini sudah dapat dicapai?
Malaysia my 2nd home, membuat rumah2 berharga mahal 500K hingga jutaan ringgit adalah sebahagian dari rancangan itu?
Harap orang2 Melayu tidak menjadi pemimpin bodoh!