Azizul Azli Ahmad

KUALA LUMPUR – Ilustrasi bendera kebangsaan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit bukan satu kecuaian tetapi strategi yang membabitkan identiti dan imej negara.

Seorang pensyarah, Dr Azizul Azli Ahmad berkata, beberapa tafsiran boleh dibangkitkan secara kritis berdasasarkan analisis semiotik terhadap visual muka depan akhbar Sin Chew Daily bertarikh 15 April 2025 itu.

Katanya, ketiadaan bulan sabit membuang identiti Islam dalam simbol negara dan ini sangat signifikan kerana bulan sabit adalah elemen utama yang membezakan Jalur Gemilang daripada bendera lain.

“Tafsir semiotik: Ini boleh dibaca sebagai satu bentuk “de-Islamisasi visual”, yang mencetuskan persoalan tentang naratif kebangsaan yang ingin dibentuk oleh media tersebut — adakah ia mengangkat Malaysia dalam bentuk sekular, neutral agama, atau sedang menormalkan pengguguran simbol Islam?” katanya yang juga Pakar kewangan dan motivator.

Tegasnya, dengan bendera Malaysia yang tidak lengkap, metafora kapal yang sepatutnya menjadi simbol persahabatan Malaysia-China menuju masa depan yang lebih baik sebaliknya membawa sebuah identiti Malaysia yang sudah diubah atau baharu.

Ia seolah-olah memberi gambaran dalam perjalanan Malaysia perlu ‘menanggalkan’ identitinya untuk selari dengan China dengan bulan sabit sebagai simbol Islam yang ditinggalkan.

Tambah beliau, secara visual bendera China kelihatan lengkap dan berkibar tegak manakala bendera Malaysia sudah hilang sebahagian elemen memberi makna bahawa China tampil sebagai entiti yang utuh, kuat, dan beridentiti penuh manakala Malaysia tampil sebagai rakan yang tidak seimbang dari segi identiti atau posisi.

Kesimpulan semiotik menurut beliau, imej adalah satu komunikasi simbolik yang kompleks dan walaupun diselitkan dalam semangat persahabatan namun membawa mesej untuk maju bersama China, Malaysia mungkin perlu mengorbankan sebahagian identitinya.

“Apabila media dengan sengaja memanipulasi simbol kebangsaan, ia bukan lagi sekadar penyampai berita — tetapi menjadi alat pembentukan realiti baharu yang memadam identiti asal demi menanam naratif ideologi tertentu. Ini bukan kecuaian; ini strategi.

“Apabila media menghilangkan sebutir bulan dari bendera bangsa, itu bukan sekadar kehilangan bentuk — itu adalah permulaan kepada kehilangan makna.

“Di situlah mereka mula menulis semula negara, bukan dengan kata-kata, tetapi dengan imej yang memadam akar dan menggantinya dengan kehendak kuasa,” katanya dalam perkongsian di Facebook.

Sin Chew Daily dalam kenyataannya, meminta maaf dan kesal atas kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.

Jelasnya, pindaan segera telah dilakukan kepada ilustrasi versi digital, ilustrasi yang telah dipinda dan disempurnakan akan diterbitkan semula hari ini dalam versi cetak akhbar.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Dari dahulu lagi puak2 chauvanis ini berusaha keras untuk menukar identiti negara ni, mereka tidak pernah berhenti, mereka mahukan tanglung bergantungan disana sini, pusat2 peranginan Cameroon dan Genting dipenuhi dengan tokong2, menghilangkan simbol2 Islam sebagai identiti negara dalam iklan2 perlancungan, menukar jonker walk seolah2 bukan lagi berada diMelaka malah masjid2 perlu dibina menyerupai senibena tokong dsb. Mereka bergitu bijak menggunakan proxy2 @khadam mereka untuk menjayakan hasrat dan cita2 mereka sejak sekian lama.

  2. Kenapa tiada pelaksanaa denda terhadap media tersebut. Teguran sahaja dikenakan.Kerajaan perlu bertegas supaya di masa hadapan maruah negara tidak dipermainkan sesudah itu.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here