Keadaan bayi berkenaan ketika ditemui di sebuah gerai tidak bernombor di Batu 13, Jalan Jeroco, Lahad Datu, semalam. Foto : Tular

KUALA LUMPUR – Mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat dan berbalut dengan kain ditemukan dalam sebuah kotak di sebuah gerai tidak bernombor di Batu 13, Jalan Jeroco, Lahad Datu, semalam.

Mayat bayi itu ditemui oleh orang awam kira-kira jam 2 petang sebelum kejadian dilaporkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, pihaknya sedang giat menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang bertanggungjawab dalam kes tersebut.

“Siasatan awal mendapati bayi lelaki berkenaan dipercayai telah meninggal dunia ketika ditemui.

“Mayat kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Lahad Datu untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat bayi, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Damsa Dahlan di talian 089-881255 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Penemuan mayat bayi tersebut turut tular di media sosial sejak petang semalam mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa sedih dan marah terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here