Tangkap layar menunjukkan beberap wanita berpakaian menjolok mata menari di pesta muzik Songkran di Batu Ferrenghi di Pulau Pinang baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Kariah Masjid Jamek Ar-Rahman di Batu Feringghi di sini, melahirkan kekesalan susulan penularan satu video memaparkan sekumpulan wanita menari dalam keadaan berpakaian menjolok mata semasa sambutan pesta muzik Songkran baru-baru ini.

Pengerusi Kariah, Ismail Din berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu selepas video berkenaan tular di media sosial pada Ahad lalu.

“Pihak kariah tidak dimaklumkan lebih awal mengenai sebarang penganjuran aktiviti sedemikian dan kami hanya tahu mengenainya selepas video berkenaan tular memaparkan aktiviti tarian separuh bogel oleh beberapa wanita di tingkat atas sebuah restoran di situ.

“Ia jelas sekali menunjukkan aktiviti tidak senonoh dan menjelekkan,” katanya hari ini.

Ismail turut menggesa pihak berkuasa supaya lebih berhati-hati dalam meluluskan sebarang permit penganjuran program pada masa akan datang.

“Ini sangat penting bagi mengelakkan aktiviti seperti ini berulang di masa hadapan, yang boleh menjejaskan keharmonian dan menggugat sensitiviti masyarakat Islam di sini,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 37 saat memaparkan beberapa wanita menari dalam keadaan berpakaian menjolok mata di atas sebuah premis yang terletak kira-kira 50 meter dari sebuah masjid. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Apa komen mufti P Pinang?

    Atau mulut sudah terkunci setelah banyak menerima dana2 bantuan kewangan dari parti chauvanis tersebut?

    Ini adalah public opinion sahaja, sekadar nak tahu?

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here