Dr. Fuziah Salleh

KUANTAN- Sudah dua penggal Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Fuziah Salleh tidak bertanding dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat.

Malahan beliau mengesahkan tidak akan bertanding dalam sebarang jawatan pada pemilihan parti kali ini sebaliknya memberi fokus kerja parti secara menyeluruh.

”Keputusan ini dibuat atas permintaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu saya memberi sepenuh perhatian terhadap kerja-kerja pengurusan parti.

“Saya memang sudah dua penggal tak bertanding peringkat cabang dan saya serahkan jawatan Ketua Cabang daripada tahun 2018 kepada penyandang sekarang.

“Pada peringkat nasional, saya diminta oleh presiden untuk fokus kerja-kerja parti, menguruskan parti ini memerlukan tumpuan. Jadi saya tidak bertanding,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Kuantan itu berkata demikian sejurus meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang di Indera Mahkota di sini hari ini.

Sementara itu, Fuziah berkata, semangat demokrasi dan keterbukaan perlu disemarakkan kepada ahli yang mengambil bahagian untuk bertanding.

“Bertandinglah secara sihat tanpa menjatuhkan pihak lawan, tawarkan apa yang positif untuk parti dan raikan kepelbagaian dalam semangat reformasi serta demokrasi,” jelasnya.

Ujarnya penting bagi mereka untuk membuat yang terbaik dalam menyumbang dan berjuang kepada parti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here