KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mencatatkan rekod 99.1 peratus Kadar Bekerja Graduan (GE) bagi tahun 2024.
Naib canselornya, Prof Dr. Yatimah Alias berkata, rekod tersebut membuktikan kecemerlangan dalam melahirkan graduan UMPSA yang berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dunia kerjaya.
”Kadar GE ini merujuk perkadaran graduan bekerja kepada bilangan graduan dalam tenaga buruh meliputi graduan berstatus bekerja.
”Manakala Kadar Kebolehpasaran Graduan (GM) pada tahun 2024 mencapai sebanyak 99.1 peratus melepasi Kadar GM nasional tahun 2024 yang telah ditetapkan oleh kementerian pada 86.4 peratus,” katanya menerusi hari ini.
Sementara itu, beliau mengumumkan tema “Minda Perkasa, Kekal Relevan” dalam Amanat Naib Canselor UMPSA 2025 menggariskan lima Agenda Transformasi (AT) dan 17 Anjakan Strategik, dalam melonjakkan kecemerlangan universiti itu.
Menurutnya, lima agenda transformasi utama yang akan memacu UMPSA ke arah pencapaian visi sebagai universiti teknikal unggul dan peneraju TVET Termaju di rantau ASEAN.
Selain itu, agenda transformasi itu katanya berteraskan kerangka pembangunan strategik SPIROS yang menjadi asas kepada perancangan dan tindakan warga UMPSA iaitu.
SPIROS bermaksud S (Skills) – Pemerkasaan kurikulum dan pembangunan bakat’, ‘P’ (Perfection) – Pembudayaan nilai kerja yang unggul’, ‘I’ (Impact) – Pemerkasaan kerjasama komuniti, industri dan penyelidikan.
Manakala ‘R’ (Resilience) – Pembinaan ketahanan modal insan’, ‘O’ (Optimise) – Pengoptimuman infrastruktur dan sistem kampus dan ‘S’ (Sustainability) – Kelestarian kewangan dan operasi universiti, katanya.
Justeru itu UMPSA memperuntukkan RM9.53 juta bagi menjayakan keseluruhan pelan tindakan dan pelaksanaan inisiatif strategik tersebut.
Ia meliputi geran latihan dan pembangunan profesional staf, program pensijilan pelajar dan pengantarabangsaan, penambahbaikan infrastruktur TVET dan digitalisasi, peningkatan ekosistem penyelidikan dan inovasi serta pengukuhan strategi pemasaran dan kebajikan pelajar. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN :