Gavin Newsom

LOS ANGELES – California yang yang mempunyai ekonomi terbesar di Amerika Syarikat (AS) mahu menyaman pentadbiran Presiden Donald Trump berhubung “tarif menyalahi undang-undang” ke atas rakan perdagangan antarabangsa.

“Tarif Presiden Trump yang menyalahi undang-undang menimbulkan huru-hara ke atas keluarga, perniagaan dan ekonomi California – menaikkan harga dan mengancam pekerjaan,” kata Gabenor California, Gavin Newsom dalam satu kenyataan.

Katanya, tindakan itu dibuat kerana California demi membela keluarga Amerika yang tidak wajar dibiarkan hidup dalam keadaan huru-hara secara berterusan.

“Donald Trump tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan tarif yang merosakkan dan huru-hara ini. Amerika akan kehilangan terlalu banyak.

“Kami akan membawanya ke mahkamah,” kata gabenor itu dalam catatan di X.

Tambahnya, California ialah negeri pembuatan terbesar dan salah satu rakan perdagangan terbesar di seluruh dunia.

Disebabkan itu, tiada negeri lain yang akan terjejas lebih daripada negeri California kerana ia berkaitan dengan pihak berkuasa unilateral yang telah ditegaskan oleh pentadbiran Trump untuk mengenakan kenaikan cukai terbesar dalam sejarah Amerika moden, katanya.

Newsom menegaskan: “Di Amerika, 40 peratus pergerakan barangan di negara ini datang melalui dua pintu masuk di California dan, kira-kira 50 peratus daripadanya adalah dari China.

Dalam tuntutan yan akan difailkan di Mahkamah Utara California, pegawai perundangan negeri akan berhujah bahawa undang-undang, yang dikenali sebagai Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa, yang dipetik Trump untuk mengenakan tarif, tidak memberikannya keupayaan untuk menerima pakai tarif tersebut secara unilateral.

California, juga negeri yang paling ramai penduduknya, adalah negeri pertama di AS yang menyaman pentadbiran Trump mengenai tarif.

Golden State ialah pengimport terbesar antara semua negeri AS, dengan lebih daripada AS$675 bilion dalam perdagangan dua hala yang menyokong berjuta-juta pekerjaan di seluruh negeri. Mexico, Kanada.

China pula adalah tiga destinasi eksport utama California, membeli hamper AS$ 67 bilion eksport California, iaitu lebih satu pertiga daripada AS$183 bilion dalam barangan eksport pada 2024, menurut data yang dikeluarkan oleh pejabat gabenor. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here