Lebih 600 pokok durian klon jenis Musang King bernilai RM 30,000 yang ditanam secara haram dalam Hutan Simpan Teras telah berjaya ditebang oleh kakitangan Pejabat Hutan Daerah (PHD) Raub, Pahang.

KUALA LUMPUR – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menolak sebarang bentuk pemutihan atau pemajakan tanah dalam isu melibatkan kebun durian Musang King yang ditanam secara haram di atas tanah kerajaan di Raub, Pahang.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, langkah penyelesaian sebegitu dibimbangi hanya akan memberi ganjaran kepada penceroboh dan menghalalkan jenayah pentadbiran tanah.

Sedangkan, ujar beliau, pencerobohan tanah kerajaan adalah perbuatan salah laku yang melanggar undang-undang dan mencerminkan kelemahan dalam penguatkuasaan serta pentadbiran tanah.

kenderaan kerajaan Malaysia CPI budaya politik imigresen sempadan rakyat rasuah
Jais Abdul Karim

Sehubungan itu, tegasnya, tindakan memberikan pajakan antara 30 hingga 60 tahun kepada pihak yang telah menceroboh, meskipun atas alasan hasil ekonomi, adalah isyarat songsang yang membahayakan prinsip keadilan dan integriti negara.

“Memberi ganjaran kepada penceroboh melalui pajakan atau pemutihan adalah bentuk normalisasi jenayah yang membuka pintu kepada lebih banyak pencerobohan di masa hadapan.

“Penyelesaian sebegini adalah precedent yang merosakkan, menjadikan perlanggaran undang-undang sebagai satu jalan pintas kepada pemilikan sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Jais, Kerajaan Negeri Pahang sepatutnya menyedari tanah adalah amanah rakyat, bukan alat tawar-menawar kepada penjenayah tanah demi keuntungan jangka pendek.

Lebih membimbangkan, kata beliau, langkah itu juga boleh membuka ruang luas kepada rasuah, manipulasi pentadbiran dan rundingan tidak telus yang hanya menguntungkan pihak tertentu.

Sehubungan itu, tambahnya, MCW menggesa tindakan undang-undang segera diambil terhadap semua penceroboh tanah kerajaan tanpa kompromi.

Dalam masa sama, ujarnya, audit menyeluruh terhadap status tanah-tanah yang telah diceroboh dan sebarang proses pentadbiran yang mencurigakan juga perlu dilakukan.

Selain itu, beliau turut menuntut ketelusan dan penglibatan awam dalam sebarang rundingan penyelesaian bagi mengelak salah guna kuasa, serta pengukuhan penguatkuasaan dan dasar kawalan pemilikan tanah bagi mengelak eksploitasi berulang.

“MCW berpegang kepada prinsip bahawa undang-undang tidak boleh dikompromi dan keuntungan tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalalkan kejahatan.

“Negara akan gagal jika undang-undang tunduk kepada tekanan politik, ekonomi atau kepentingan peribadi,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Seorang pesara Melayu dipenjara atas kesalahan menceroboh tanah kerajaan.

    Ramai yang cadang kesemua penceroboh2 tersebut mendapat hukuman penjara yang sama dan segala keuntungan yang dikaut sebelum ini dikembalikan kepada kerajaan.

    Seorang bekas PM dan TPM pun boleh dipenjarakan, apatah lagi penceroboh2 tersebut? Istimewa sangatkah mereka disisi undang2?

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here