Hantaran jelik dan kata-kata kesat yang ditulis oleh "Cayson Goh' ketika sambutan negara terhadap Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia.

KUALA LUMPUR –  Satu hantaran jelik dikesan di platform media sosial dibuat terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini.

Perbuatan menulis komen yang menghasut bagi mendatangkan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong didedahkan pendakwa bebas, Firdaus Wong di Facebooknya, hari ini.

Menurut Firdaus, hantaran daripada pengguna Facebook ‘Cayson Goh’ menggunakan kata-kata kesat berhubung keberadaan Agong dalam sambutan negara terhadap Presiden China, Xi Jinping, semalam.

Tulisan komen itu dibuat dalam bahasa Cina dan terjemahan yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong adalah seperti berikut:

“Yang di-Pertuan Agong yang kita hormati, di hadapan pemimpin besar China, tiba-tiba berubah menjadi seekor ****** liar.

“Haha…duduk ternganga melihat ‘tuan’ duduk di atas takhtanya. Inilah orang Melayu – tidak dididik, tidak pandai ~ Nah, beri tulang kepada Agong ~ Hahaha,” demikian menurut terjemahan yang diberikan oleh Firdaus, hari ini.

Rata-rata netizen yang melihat hantar berkenaan menggesa agar polis mengambil tindakan segera terhadap penggina media sosial berkenaan.

“PDRM sila ambil tindakan segera,” kata seorang netizen di Facebook Firdaus.

Berdasarkan carian di Facebook, hantaran berkenaan sudah dipadamkan pengguna media sosial berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here