ACP Azli Mohd Noor

KUALA TERENGGANU – Seorang pengurus berusia 42 tahun mengalami kerugian RM64,500 setelah terpedaya dengan penipuan tawaran tender memasang langsir dan aksesori di Pejabat Pendidikan Daerah Besut, kelmarin.

Ketua Polis Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa seorang wanita dihubungi suspek melalui aplikasi Whatsapp oleh individu yang mengakui pegawai daripada Jabatan Pendidikan Kuala Lumpur Bahagian Urus Tender pada 17 Mac lalu.

”Susulan itu pengadu telah menerima tawaran untuk membekalkan tender membekal atau memasang langsir di PPD Besut dengan nilaian harga yang pihak syarikat pengadu tetapkan.

”Wanita berkenaan dimaklumkan oleh pihak suspek yang mana mangsa perlu mendapatkan bekalan kain dari pembekal dari satu syarikat yang diarahkan oleh suspek untuk berhubung dengan pembekal yang mengaku sebagai Zara Zakaria yang merupakan wakil daripada syarikat tersebut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Azli berkata, semua urusan dibuat melalui perbualan atas talian sahaja termasuk dokumen pembekalan langsir dengan menggunakan dua nombor yang berlainan.

Pengadu kemudian didorong membuat transaksi pindahan wang sebanyak dua kali ke dalam akaun bagi tujuan tender berkenaan sehingga pengurus kanan mengalami kerugian berjumlah RM64,500.

Azli berkata, kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here