KUALA LUMPUR – Tiga buah pesawat Airbus, A380 termasuk sebuah pesawat milik Malaysia Airlines dengan kod MSN84, yang tidak lagi beroperasi akan dileraikan.
VAS Aero Services berkata, komponen terpakai pesawat yang boleh diguna semula seperti enjin akan disewakan.
“VAS akan menguruskan peleraian pesawat (termasuk badan MSN 61, 66 dan 84) menerusi kerjasama dengan Tarmac Aerosave, peneraju dalam penyimpanan, penyelenggaraan dan kitar semula pesawat yang berpengkalan di Tarbes, Perancis,” katanya menerusi kenyataan.
Selain pesawat Malaysia Airlines, dua lagi pesawat A380 yang akan dileraikan adalah milik Lufhansa (MSN61 dan MSN62).
Pada 14 November 2022 Malaysia Airlines mula menghantar A380 miliknya ke Tarbes untuk disimpan.
Syarikat penerbangan kebangsaan itu yang mempunyai enam pesawat A380 menerima pesawat pertama pada Oktober 2012.
Sebelum ini media melaporkan Malaysia Airlines akan memulangkan semua enam pesawat A380 miliknya kepada Airbus yang mana ia merupakan sebagai sebahagian daripada perjanjian pembelian 20 buah pesawat A330-900 neo.
VAS Aero Services yang terlibat dalam aktiviti logistik penerbangan dan perkhidmatan selepas pesaran dipilih oleh Airbus untuk menguruskan peleraian dan pengedaran semula material boleh diselenggara terpakai (USM-used serviceable material) daripada tiga pesawat A380 yang tidak beroperasi itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif VAS Aero Services, Tommy Hughes berkata, dengan kelewatan penghantaran pesawat Boeing, B777X sehingga 2026, terdapat peningkatan penggantungan kepada pesawat A380 bagi memenuhi permintaan pesawat jarak jauh berbadan besar.
Katanya, permintaan itu meletakkan tekanan kepada kualiti inventori alat ganti material selenggara terpakai (USM) untuk asset A380 sedia ada, dianggarkan sebanyak 175 pesawat beroperasi di seluruh dunia.
Sementara itu, seorang nitizen dikenali Jonathan Hirsch berkata, beliau tahu ramai berpendapat Malaysia Airlines (MH) tidak sepatutnya membeli pesawat A380 tetapi beliau tidak fikir masyarakat perlu meremehkan kesan positif pesawat itu terhadap jenama dan kesan kewangan kepada syarikat penerbangan kebangsaan itu.
“Ia mungkin telah memberi MH daya saing atau sekurang-kurangnya mengekalkan daya saing untuk pasaran laluan London-Asia.
“Saya bayangkan saya bukan seorang yang pertama terbang dengan pesawat A380 Malaysia Airlines dan menjadi peminat sepanjang hayat kerana ia adalah pengalaman yang baik,” ujarnya.
Tambah Hirsch, Malaysia Airlines merupakan pilihan pertama beliau untuk laluan London-Asia yang mana dia selalu tidak endah untuk melihat pilihan lain.
“(Pesawat) A380 telah lakukannya, (Pesawat) 777 tidak pernah menghampiri,” ujarnya.
Tambah beliau, adalah mudah untuk mengatakan bahawa ia dalah satu kesilapan untuk memiliki pesawat A380 namun beliau tertanya-tanya di mana kedudukan Malaysia Airlines jika tidak memiliki pesawat jenis itu.
“Lebih baik atau lebih teruk? Siapa tahu. Saya rasa lagi teruk. Dan sama juga, siapa tahu tahap MH mungkin capai ketika ini jika tidak kerana tragedi 2014? (kehilangan pesawat MH370 dan MH17).
Menurut beliau, kita perlu menerima kehilangan pesawat A380 yang tidak akan kembali lagi, tetapi kita juga perlu meraikannya kerana ia adalah pesawat yang hebat. – MalaysiaGazette
Malaysia Airlines hantar pesawat A380 ke Perancis untuk disimpan