Deretan pesawat Airbus A380 milik Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines mula menghantar pesawat Airbus, A380 miliknya ke Tarbes, Perancis untuk disimpan, semalam

Pesawat pertama yang ke Tarbes mendarat pada jam 3.12 petang waktu tempatan semalam, menurut avion source.

Malaysia Airlines menerima pesawat pertama A380 pada Oktober 2012.

Air France merupakan syarikat penerbangan pertama yang mengumumkan penamatan operasi pesawat A380 pada 2020.

Syarikat lain yang menghentikan penggunaan pesawat tersebut adalah Emirates, Etihad, Hi Fly dan Lufthansa.

Bagaimanapun, terdapat syarikat penerbangan di Asia kembali menggunakan pesawat komersial terbesar dunia itu berikutan peningkatan permintaan.

Sebelum ini media melaporkan Malaysia Airlines akan memulangkan semua enam pesawat A380 miliknya kepada Airbus yang mana ia merupakan sebagai sebahagian daripada perjanjian pembelian 20 buah pesawat A330-9000 neo pada Ogos lalu.

Terdahulu, syarikat penerbangan itu mengumumkan akan menghentikan operasi kesemua enam pesawat A380 pada akhir tahun. – MalaysiaGazette