KUALA LUMPUR –  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan telah menahan reman seorang Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) salah satu daerah di Negeri Sembilan kerana disyaki menyalah guna kuasa dengan mengeluarkan wang akaun milik MPKK bagi tujuan peribadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an ditahan kira-kira jam 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

“Susulan penahanan itu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban, pagi tadi dan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 24 April telah dikeluarkan Majistret Fairuz Syuhada Amran.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada 2023 dengan mengeluarkan kira-kira RM10,000 daripada akaun bank milik MPKK bagi tujuan peribadi.

“Wang di dalam akaun tersebut merupakan dana geran daripada Kerajaan Negeri yang sepatutnya digunakan untuk melaksanakan projek atau program di kampung tersebut di samping menggerakkan penglibatan komuniti setempat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – MalasyiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here