Setiausaha Srikandi Keadilan, Hanani Dhamirah.

KUALA LUMPUR – Srikandi PKR menyatakan pendirian tidak akan berkompromi terhadap salah laku rasuah atau amalan politik wang, khususnya ketika pemilihan PKR 2025.

Setiausahanya, Hanani Dhamirah berkata, pihaknya memandang serius penyebaran sebuah video tular yang dikaitkan dengan seorang anggota Srikandi Wilayah berhubung dakwaan pemberian wang kepada pengundi.

“Srikandi Keadilan menolak keras amalan rasuah dan politik wang dalam apa jua bentuk dan situasi kerana ia bertentangan dengan prinsip parti serta nilai perjuangan yang diperjuangkan sejak sekian lama oleh Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Hanani, isu tersebut telah diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan Pengerusi Lembaga Disiplin untuk siasatan lanjut termasuk kemungkinan tindakan disiplin sekiranya siasatan mendapati terdapat asas kukuh wujudnya salah laku.

Selain itu, beliau menggesa kepimpinan Wanita PKR agar mempertimbangkan tindakan sewajarnya sekiranya terbukti berlaku pelanggaran disiplin oleh mana-mana individu. -MalaysiaGazette

Prabakaran nafi beri token kepada pengundi PKR Cabang Batu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here