Operasi mencari dan menyelamat dimulakan pada hari ini bagi mengesan Mat Salleh Junoh, 63, yang dilaporkan hilang oleh anak bongsu mangsa, Saiful Naim, 17, pada semalam selepas seharian bapanya gagal ditemui.

RAUB – Seorang lelaki hilang selepa disyaki terjatuh ke dalam sungai di Pusat Rekreasi Jeram Besu, Dong, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Raub, Superintendan Mohd Shahril Abd Rahman berkata, laporan kehilangan Mat Salleh Junoh, 63, dibuat oleh anak bongsunya, Saiful Naim, 17,semalam selepas seharian mencari bapa beliau gagal.

Menurutnya, pengadu yang bangun dari tidur mendapati ayahnya tiada dan mengesyaki telah menaiki Toyota Avanza kerana kenderaan itu tiada di rumah.

Difahamkan ayah pengadu tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri.

“Setelah seharian ayah pengadu tidak pulang ke rumah, anaknya telah keluar mencari dan menjumpai kereta milik ayahnya berada di tempat parkir Pusat Rekreasi Jeram Besu serta pengadu menghampiri kereta tersebut dapati ayah pengadu tiada dalam kereta.

“Pengadu mencari ayahnya di sekeliling kawasan Pusat Rekreasi Jeram Besu tetapi tidak menjumpai jejak ayahnya dan datang ke Balai Polis Dong membuat laporan polis,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohd Shahril berkata, terdapat saksi di lokasi kejadian melihat mangsa menjala ikan di pusat rekreasi itu sebelum ini.

Susulan itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan pada hari ini bagi mengesan mangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here