KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh hari ini menempelak tuduhan bahawa proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terpalit dengan budaya UMNO.
Tegas beliau, amalan rasuah bukan kira parti tetapi bergantung kepada individu.
“Bila diri sendiri yang penuh tahi, tapi acah-acah baik dan salahkan parti orang lain
“Kalau tahi, ke mana pergi pon tetap jadi tahi tidak boleh jadi permata!,” ujarnya.
Lantaran itu, Dr. Akmal menyarankan pihak-pihak yang mengaitkan UMNO dalam isu rasuah cermin diri dulu sebelum tuduh parti lain.
“Jadi bawa cermin, cermin diri dulu sebelum tuduh parti orang lain!,” tambahnya.
Isu ini timbul selepas tular video seorang anggota Srikandi PKR Wilayah Persekutuan memberi wang kepada pengundi semasa proses pemilihan parti. – MalaysiaGazette