Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Dua ekor beruang matahari berjaya ditangkap dalam tempoh kurang sebulan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu di Kampung Padang Bual, Hulu Besut, Jertih.

Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, beruang pertama yang dianggarkan seberat 100 kilogram (kg) berjaya ditangkap pada 30 Mac lalu manakala seekor lagi beruang seberat 110 kg ditangkap semalam.

“Beruang kedua masuk ke dalam perangkap yang dipasang di lokasi sama selepas menerima aduan daripada orang awam pada 12 April lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kean Seong, kedua-dua beruang jantan itu dikesan menceroboh ke kawasan ladang berhampiran sejak bulan lepas, sekali gus menimbulkan kebimbangan penduduk.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan para pemilik kebun agar sentiasa memastikan kawasan ladang berada dalam keadaan bersih bagi mengelakkan kehadiran haiwan liar seperti beruang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here