Kelibat pasukan polis di sekitar kampus Florida State University selepas kejadian tembakan berlaku yang mengakibatkan dua orang mangsa terbunuh dan empat lagi cedera.

MIAMI – Anak lelaki seorang penguat kuasa undang-undang ditahan selepas dia menembak mati dua orang dan mencederakan empat yang lain di Florida State University (FSU).

Suspek kini dirawat di hospital, kata pihak berkuasa.

Polis percaya lelaki bersenjata itu anak kepada timbalan penguat kuasa di Leon County, bertindak bersendirian dan setakat ini motif tindakannya tidak diketahui.

Suspek dikatakan mempunyai akses kepada pistol ibunya, yang pernah diberi senjata semasa perkhidmatannya.

Ibu suspek membeli senjata itu dari jabatan dia bertugas dan ia kini menjadi senjata api peribadi.

“Malangnya, anaknya mempunyai akses kepada salah satu senjatanya yang ditemui di tempat kejadian,” kata Sheriff Leon County Walter McNeil pada sidang akhbar.

Suspek berusia 20 tahun dikenali sebagai Phoenix Ikner dipercayai pelajar di FSU di ibu negeri Tallahassee.

Dua orang yang terbunuh itu bukan pelajar.

Polis bertindak balas menembak suspek bersenjata itu apabila dia gagal mematuhi arahan untuk menyerah diri.

Empat mangsa yang cedera, termasuk lelaki bersenjata, telah dibawa ke hospital dengan kesan tembakan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here