SPRM hakim
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan sejumlah RM5,000 hingga RM50,000 ditawarkan oleh pihak sindiket kepada individu terlibat bagi menguruskan proses pembelian bayi dan penyediaan sijil kelahiran bayi.

Menurut sumber, siasatan awal SPRM dipercayai sejumlah kira-kira RM400,000 transaksi berlaku membabitkan sindiket tersebut yang dikesan beroperasi sejak tahun 2021.

“SPRM masih lagi dalam siasatan untuk mengenal pasti dalang-dalang sindiket yang terlibat dalam isu ini. Siasatan awal turut mendapati modus operandi yang digunakan oleh ejen adalah melalui iklan-iklan di media sosial dan juga melalui kenalan atas kenalan,” katanya.

Rabu lalu, SPRM telah menahan reman 14 individu kerana disyaki terlibat mengemukakan borang daftar kelahiran yang mengandungi butiran matan palsu berkenaan pengesahan kelahiran bayi-bayi sedangkan tiada rekod kelahiran di hospital -hospital yang terlibat.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Hairuzam bin Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi berkata, SPRM kini dalam proses untuk mengesan lebih ramai individu atau ejen yang terlibat dalam membekalkan bayi-bayi serta yang terlibat dalam penyediaan dokumen palsu.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa siri tangkapan susulan akan dibuat untuk tujuan tersebut. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Op Birth: 14 direman disyaki terlibat rasuah pendaftaran kelahiran

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here