Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Ekonomi bersepakat untuk menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau projek-projek yang diluluskan oleh Kementerian Ekonomi di peringkat negeri dan daerah.

Menurut SPRM, terma-terma pasukan khas ini melibatkan prtukaran maklumat antara Kementerian dan SPRM berhubung jumlah peruntukan yang diluluskan kepada negeri dan daerah, pmeriksaan mengejut dan siasatan kes rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam perlaksanaan projek-projek yang diluluskan.

Selain itu, mengenal pasti kelemahan yang wujud dalam tatacara pelaksanaan (SOP) dan menambahbaik SOP ke arah pengurusan tata kelola dalam penentuan serta penyaluran bajet, pemantauan dan perlaksanaan projek dengan lebih berkesan, kata SPRM dalam kenyataan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam kenyataan mengalu-alukan keseriusan dan keterbukaan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, dalam memastikan ketelusan bagi mengekang ketirisan projek-projek yang diluluskan oleh Kementerian Ekonomi demi kepentingan rakyat.

Jelasnya, keterbukaan dan kesungguhan itu amatlah penting dan wajar dijadikan contoh untuk lain-lain kementerian dan agensi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here