KUALA LUMPUR – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mengumumkan pelantikan semula Datuk Seri Rohani Abdul Karim sebagai Pengerusi LPPKN berkuatkuasa 18 April 2025 sehingga 17 April 2027.
Sebelum ini, Rohani telah menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi LPPKN selama dua tahun bermula 25 Mei 2023, kata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam satu kenyataan.
Sepanjang memegang jawatan sebagai Pengerusi LPPKN, beliau telah menerajui LPPKN mencapai kejayaan besar di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
“KPWKM mengucapkan tahniah dan semoga dengan pelantikan semula ini dapat meneruskan kecemerlangan kepimpinannya dalam menerajui dan memperkukuhkan lagi operasi dan perkhidmatan LPPKN sebagai peneraju kesejahteraan keluarga negara,” tambahnya. – MalaysiaGazette