Gambar : Facebook Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung tindakan tegas penguatkuasaan terhadap aktiviti pencerobohan tanah adalah tepat dan selari dengan usaha kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, seperti mana titah baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Negeri (DUN) Pahang ke-15 hari ini, semua pihak perlu memberi kerjasama dan tidak menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas mereka.

“Kita tidak boleh menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Titah Tuanku itu memang tepat dan benar,” katanya pada sidang media di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Menurut Wan Rosdy, pendekatan Kerajaan Negeri dalam menangani isu pencerobohan tanah dan kegiatan perlombongan haram kini lebih tegas dengan mengheret pelaku ke muka pengadilan dan bukan lagi hanya dikenakan kompaun.

“Contohnya, baru-baru ini ada satu kes di Lipis, mahkamah telah mengenakan denda yang tinggi, RM100,000 untuk setiap orang, berbanding sebelum ini kompaun RM20,000 hingga RM30,000,” ujarnya.

Wan Rosdy berkata, tindakan membawa pesalah ke mahkamah bukan bertujuan untuk mengaibkan, sebaliknya ia merupakan langkah pendidikan kepada masyarakat agar lebih menghormati undang-undang. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Pentadbir tanah jangan jadi boneka, khianat amanah – Sultan Pahang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here